1001 kegunaan minyak kelapa dara

Minyak kelapa dara memang sudah terbukti tentang khasiat dan keberkesanannya. Memang tidak dapat dinafikan lagi minyak kelapa dara banyak memberi manfaat untuk kesihatan manusia secara keseluruhannya.
Kelapa 2
Kajian ke atas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar pakar negara barat sejak awal tahun 1930 an lagi. Kebanyakkan kajian dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian mereka.
Kelapa
Buah kelapa sebagai sumber utama pembuatan minyak kelapa dara asli
Pakar pakar tersebut telah merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelabagai kesan positif keatas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser. Sebab itulah minyak kelapa dara mempunyai banyak khasiat untuk manusia
APA ITU MINYAK KELAPA DARA?
  • Minyak Kelapa Dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia dimana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakainya.
  • Pengambilan minyak kelapada dara  secara berterusan dan konsisten dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan anda.
MANFAAT MINYAK KELAPA DARA UNTUK KESIHATAN
Kebaikan dan khasiat minyak kelapa dara untuk kecantikan luaran.
  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
  • Menghasilkan tenaga segera.
  • Jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis-garis halus.
  • Mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis.
  • Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet.
Kebaikan dan khasiat minyak kelapa dara untuk kesihatan dalaman.
  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
  • Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino.
  • Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis.
  • Mengurangkan stress pada pankreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh.
  • Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat. Ia juga melindungi diri dari serangan osteoperosis.
  • Mencegah risiko sakit jantung.
  • Mencegah atherosclerosis [pengerasan arteri akibat endapan lemak jahat] dan strok serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
Khasiat minyak kelapa dara untuk meningkatkan daya tahan tubuh antaranya

ialah:

  • Membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh melindungi tubuh dari kanser payudara, kanser colon dan kanser rahim.
  • Berfungsi sebagai antioksidan, mengurangkan radang kronis.
  • Melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif.
  • Meredakan gejala-gejala yang dihubungkan dengan pembesaran prostate.
  • Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing.
  • Membantu mencegah sakit hati [liver] dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak-lemak yang lain.
Kebaikkan minyak kelapa dara dalam hubungan suami isteri
  • Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang (elastik).
  • Memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak sebagai agen pelincir alami (natural).
  • Membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit kulit pada kemaluan (keputihan).
  • Amat baik bagi mengatasi masalah monopos wanita.
Minyak kelapa dara juga mempunyai kebaikan untuk membunuh virus yang menyebabkan :
  • Mononucleosis
  • Influenza
  • Hepatitis C
  • Cacar air
  • Herpes
Membunuh bakteria yang menyebabkan:
  • Pneumonia
  • Sakit telinga
  • Infeksi kerongkong
  • Gigi berlubang
  • Keracunan makanan
  • Infeksi saluran kencing
  • Meningitis
  • Gonorrhea.
Membunuh kulat yang menyebabkan:
  • Candida
  • Jock itch
  • Kadas dan infeksi lain
  • Membunuh cacing pita
  • Lice
  • Giardia
  • Parasit.

Comments

Popular Posts