Bengkak kaki . Edema
BENGKAK KAKI/EDEMA SEMASA HAMIL
Pelbagai penyakit dan rasa tidak selesa akan mula menyerang dan dirasai oleh ibu hamil ketika dalm tempoh trimester ke-3(6 bulan ke atas).Salah satu masalah yang akan menyerang ialah bengkak kaki atau lebih juga dikenali sebagai edema.
Ketika hamil, badan menghasilkan 50% lebih banyak darah dan cecair berbanding waktu lain. Ini adalah untuk memenuhi keperluan bayi yang sedang membesar di dalam rahim ibu. Oleh itu, badan ibu boleh menjadi bengkak akibat daripada darah dan cecair yang berlebihan ini. Perut ibu yang semakin membesar sepanjang tempoh ini juga akan menyebabkan tekanan kepada pengaliran darah kepada bahagian bawah badan terutamanya kaki. Keadaan boleh menjadi lebih teruk sekiranya ibu duduk terlalu lama ketika melakukan kerja di pejabat ataupun duduk lama di dalam kenderaan.
CARA MENGATASI
1. Tinggikan sedikit kaki dengan mengalaskan denganbantal ketika tidur atau semasa rehat.
2. Angkat kaki setinggi mungkin dari lantai semasa duduk untuk membantu peredaran darah dan mngelakkan kebas kaki.
Julurkan kaki ke arah luar dan angkatkan sedikit sebelah tumit kaki dari lantai.
Regangkan bahagian hujung kaki (jari) ke arah atas dalam kiraan 8
Regangkan bahagian hujung kaki (jari) ke arah bawah dalam kiraan 8
Pusingkan pergelangan kaki ikut arah jam dalam kiraan 8 pusingan
Pusingkan pergelangan kaki lawan arah jam dalam kiraan 8 pusingan
Ulangi cara yang sama untuk sebelah kaki yang lain
Senaman regangan kaki mampu meningkatkan suhu otot betis dan meningkatkan fleksibiliti sendi serta memperbaiki aliran darah. oleh itu, lakukan dengan penuh keselesaan bukan untuk kesakitan.

3. Untuk membantu kelancaran peredaran darah dan mengelakkan kebas kaki,anda dinasihatkan supaya mengangkat kaki setinggi mungkin dari lantai ketika duduk.
4. Memakai kasut yang selesa apabila keluar daripada rumah dan elakkan memakai kasut tinggi
5. Amalkan pemakanan sihat,jauhi atau kurangkan makanan dalam tin atau yang tersedia proses lain. Kebanyakkannya mengandungi lebih kalori dan lemak berbanding nutrisi vitamin yang baik untuk ibu dan bayi. Malah boleh menyebabkan pertambahan berat badan (obesiti) dan kehilangan air dalam badan Pengambilan suplemen vitamin C, vitamin B Complex, kalsium dan zat besi sangat baik untuk membantu kesihatan ibu dan tumbesaran bayi.Jangan abaikan nutrisi sepanjang kehamilan. Pastikan yang semulajadi dan bukan datang dari kejuruteraan sintetik.
6. Sekiranya anda melalui perjalanan yang jauh, sebaiknya berhenti sebentar untuk merehatkan kaki anda
7. Ibumengandung digalakkan melakukan senaman ringan seperti berjalan, berbasikal, berenang atau aerobik. Aktiviti air seperti merendam kaki atau berendam separas bahu baik untuk melegakan bengkak kaki bagi ibu mengandung
8. Banyakkan meminum air kosong dengan banyak kerana ia membantu proses dehidrasi tubuh. Menjadikan tubuh segar disamping membantu proses perkumuhan dalam badan. Jangan khuatir, ia tidak menyebabkan pertambahan berat tubuh badan ibu mengandung.
9. Minta suami atau seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.
Walaupun keadaan ini boleh menyebabkan keadaan yang tidak selesa kepada ibu hamil, namun keadaan ini adalah bersifat sementara sahaja. Apabila bayi dilahirkan kelak, masalah ini akan hilang dan selesai begitu sahaja.
Namun semasa mengandung pastinya anda merasa tidak selesa dengan keadaan kaki semakin hari semakin membengkak.
Minyak kelapa dara yang diperam dapat membantu anda untuk menyelesaikan masalah bengkak ini.
Hanya perlu diminum 2 kali sekali. Insyaallah masalah anda akan berakhir tanpa anda sedari..
Wassalam.

Comments
Post a Comment